fbpx

Pemancing cari udang dapat pari gergasi 10kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD KUHARI bersama ikan pari yang dipancingnya di Sungai Pahang di Temerloh kelmarin.

TEMERLOH – Seorang peman­cing yang kerap turun ke Sungai Pahang bagi memburu ‘jenggo’ atau udang galah bersaiz besar tidak menyangka mendapat rezeki luar biasa apabila kailnya dimakan ikan pari bersaiz besar di sungai air tawar berkenaan.

Malah, Muhamad Kuhari Ahmad, 51, yang menggunakan ‘set pancing udang’ dengan kekili berharga RM50 selain joran berharga RM30 juga terkejut kerana mampu menaikkan pari seberat 10.8 kilogram itu.

Katanya, dia yang meman­cing seorang diri dengan menyewa kemudahan Salleh Rakit Temerloh di Kampung Pangsenam juga terpaksa mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk ‘menewaskan’ ikan pari ber­kenaan.

“Saya berasa terkejut apabila joran ditarik begitu kuat dan saya berhati-hati takut terlepas kerana hanya menggunakan tali perambut halus dan mata kail udang.

“Saya hanya mengikut tarikan itu sehingga membawa ke tebing sungai. Sebaik ter­nampak kelibat pari, saya terus terjun ke sungai dan memukul ikan dengan pendayung sebelum membawanya naik ke atas bot,” katanya di sini semalam.

Beliau yang berasal dari Selangor mengakui kerap turun ke Sungai Pahang dengan menyewa pakej memancing Salleh Rakit Temerloh bagi memburu udang galah.

“Apabila datang ke Sungai Pahang ini, niat saya adalah untuk memancing udang galah yang sememangnya ba­nyak dan bersaiz besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI