JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang bayi berusia satu tahun yang mempunyai berat badan mencecah 25 kilogram , lapor laman berita Liputan6 hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @ismibossgep78.
Berdasarkan rakaman, kelihatan dua lelaki dewasa bergilir-gilir mendukung seorang bayi yang gemuk dan comel.
Seperti yang dilihat dalam video tersebut, bayi itu mempunyai saiz yang lebih besar jika dibandingkan dengan bayi sebayanya.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan sebilangan mereka bimbang tentang kesihatan bayi berkenaan.
“Jangan dibiarkan begitu, sementara masih kecil, segeralah berjumpa doktor demi bayi tersayang,” kata seorang netizen.
“Jaga dan sesuaikan pemakanan, cepat pergi ke pakar kanak-kanak, maaf nasihat,” komen netizen lain. – Agensi