fbpx

Oh Hafidz Roshdi! Berani buat berani tanggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STATUS ‘suci’ kontroversi Hafidz Roshdi kini tidak lagi terpakai apabila si isteri sendiri mendedahkan kecurangannya.

SKANDAL dan kecurangan menjadi godaan yang mungkin sukar lenyap dalam dunia glamor. Minggu ini radar industri seni hiburan menggelegak lagi dengan isu kecurangan. Kali ini, membabitkan pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Sama seperti selebriti lelaki lain yang terpalit isu serupa, kisah ‘main kayu tiga’ membabitkan pelakon ‘suci’ tanpa kontroversi itu didedahkan sendiri oleh Shuhada menerusi beberapa hantaran dalam InstaStory .

Perkongsian si isteri ternyata membuatkan netizen kembali berdekat apabila Hafidz sebelum ini pernah menafikan dakwaan kecurangannya, sekali gus mempertahankan bahawa rumah tangganya baik-baik sahaja.

Dalam pendedahan tersebut, Shuhada secara sinikal menzahirkan ucapan terima kasih buat orang ketiga (si penyondol) yang tergamak merampas seorang bapa daripada anak-anaknya sekali gus meruntuhkan rumah tangga mereka.

Bukan itu sahaja, Shuhada turut memberitahu wanita berkenaan sanggup datang ke rumah mereka tanpa rasa malu.

BERCINTA sejak zaman sama-sama bergelar penuntut di sebuah kolej, hubungan Hafidz dan Shuhada kini bergegar dek skandal dan kecurangan.

Atas apa yang berlaku, Shuhada mengakui terasa bodoh kerana sering bersangka baik sehingga akhirnya derita yang menjadi makanan hidupnya.

Tidak berhenti di situ, Shuhada turut mendakwa wanita terbabit sangat hebat kerana menggunakan ‘ilmu penyondol’ untuk menghancurkan kebahagiaan mereka.

Lebih memanaskan keadaan apabila tular gambar seorang wanita bertudung yang didakwa orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz dan Shuhada yang dikongsikan akaun Instagram Jabatan Netizen Negara.

Bukan setakat gambar, turut tular tangkap layar perbualan dipercayai antara Hafidz bersama wanita tersebut apabila pelakon itu menyuarakan kerinduan buat kekasih gelapnya.

Berdasarkan paparan yang tular, Hafidz dilihat memuji kecantikan dan memanggil wanita itu dengan panggilan ‘sayang’.

“Alhamdulillah, cantik,” ujar Hafidz.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Hafidz turut memadam foto sedang memeluk erat isterinya ketika berada di sebuah pusat beli-belah, sekali gus menimbulkan kecurigaan netizen.

Masing-masing tertanya-tanya, kenapa pelakon itu bertindak memadam foto isterinya dalam media sosial, selain berharap Hafidz dapat mempertahankan rumah tangganya dengan Shuhada demi anak-anak.

“Harap kau jagalah hati isteri dan anak-anak. Buang masa itu semua. Apa yang ada depan mata hargai sebelum semuanya musnah. Kerjaya pun hancur nanti,” luah seorang netizen.

Sedar namanya menjadi sasaran, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora bagaimanapun kental dengan segala kecaman khalayak.

TANGKAP layar perbualan seorang lelaki dan wanita dipercayai Hafidz bersama kekasih gelapnya.

Bukan sahaja sengaja mengundang provokasi dengan gambar dan kapsyen sarkastik yang memerli semua komen netizen.

Menambah bayangan dirinya tidak seperti yang disangkakan, Hafidz turut berkongsi video dalam InstaStory sedang bersama anaknya di rumah.

“Aku doakan hidup kau dengan perempuan itu tidak akan bahagia Hafidz. Menyesal aku puji kau dulu setia dengan isteri,” luah seorang peminatnya.

Lebih menyeramkan apabila terdapat netizen memberi peringatan kepada Hafidz tentang kuasa boikot yang boleh menjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon.

Jangan main-main dengan netizen. Kuasa boikot nanti sampai awak tak ada kerja tau,” kata seorang pengguna Instagram.

Benar setiap manusia melakukan kesalahan dan jalan taubat sentiasa terbentang, tapi sewenang-wenangnya menjadi Tuhan Yang Maha Pengampun sebagai jawapan selamat, itu bukan cara seorang lelaki ya Hafidz Roshdi. Berani buat beranilah tanggung!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI