fbpx

Rokok seludup lebih membahayakan nyawa orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok seludup dikhuatiri menjejaskan kesihatan orang ramai kerana bahan yang tidak disahkan. - WHO Thailand

BANGKOK – Thailand menghadapi peningkatan kes penyeludupan rokok haram yang tidak dikenakan cukai, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pengarah Persatuan Perdagangan Tembakau Thai (TTTA), Thanyassarun Sangthong bimbang kesan buruk penggunaan rokok seludup terhadap kesihatan belia di negara itu.

Menurut beliau, hanya rokok yang diluluskan oleh pihak ber­kuasa boleh dipastikan ke­se­lamatannya kepada pengguna.

Penjualan rokok seludup secara online meningkat kerana kos operasinya rendah selain faktor tidak perlu untuk membayar cukai.

Pengguna juga berisiko kerana tidak mengetahui bahan yang terkandung dalam rokok seludup. Ini disebabkan pasaran gelap tidak tertakluk kepada pemeriksaan oleh polis dan kastam.

“Penjual rokok haram boleh mengakses beberapa banyak kumpulan pelanggan berbeza yang mereka mahu,” kata Thanyassarun.

Perdagangan produk tembakau haram secara online di Thailand meningkat dua kali ganda dari Julai hingga September tahun lepas, kata Thanyassarun sambil menyatakan bahawa penemuan itu berdasarkan tinjauannya sendiri.

Peningkatan itu dipersalahkan ke atas rokok yang diseludup ke sempadan. Lebih 99 peratus penjualan rokok seludup ditawarkan melalui Twitter (90 peratus) atau Facebook (9 peratus).

Jelas Thanyassarun, produk tembakau haram lebih mudah dibeli terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan ia popular kerana harganya yang murah dan rasa lebih enak.

Penjual online juga bebas mengiklankan produk mereka untuk mengurangkan harga, tidak seperti pesaing di pasaran, katanya.

Tinjauan TTTA dijalankan sejurus selepas kerajaan Thailand menaikkan cukai ke atas sebungkus rokok. Cukai rokok meningkat sangat tinggi sehinggakan orang ramai dikatakan ‘tidak merokok kerana harga rokok terlalu mahal’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI