fbpx

Hidap Demensia tiada penawar, dua ‘isteri’ Bruce Willis setia di sisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRUCE berkahwin dengan Demi pada ​1987 namun bercerai 2000 sebelum berkahwin sekali lagi dengan model kelahiran Britain, ​Emma Heming sembilan tahun kemudian.

KINI menderita penyakit Demensia Frontotemporal (FTD), pelakon ternama Hollywood, Bruce Wilis beruntung kerana kedua-dua wanita penting dalam hidupnya iaitu Emma Heming dan bekas isteri, Demi Moore kekal berada di sampingnya menjaga kebajikan serta memberikan sokongan.

Demi Moore yang pernah hidup sebagai isteri kepada bintang filem Die Hard itu selama lebih sedekad turut berusaha memastikan agar Bruce, 68, mendapatkan rawatan sewajarnya meskipun menyedari FTD masih tiada penawar dalam dunia perubatan hingga sekarang.

“Bruce sentiasa gembira dalam hidup dan telah membantu orang lain yang dia kenali untuk hidup segembiranya.

“Rasa sebak melihat ramai yang menyalurkan kasih sayang kepadanya dan kita semua.

“Sokongan berterusan dan apresiasi kalian akan membantu kita semua untuk Bruce terus melalui kehidupan dengan sepenuh mungkin,” coret Demi bersama keluarga besar pelakon itu dalam nukilan beremosi yang dimuat naik dalam laman web rasmi, The Association for Frontotemporal Degeneration.

Terdahulu, berita mendukacitakan dikongsikan keluarga Bruce yang mendedahkan aktor yang cukup dikenali menerusi karakter John McClane dalam Die Hard itu disahkan menghidap penyakit FTD.

Tahun lalu, bapa kepada lima orang cahaya mata itu mengumumkan persaraan daripada dunia lakonan selepas disahkan menghidapi afasia yang memberi impak kepada keupayaan kognitifnya iaitu kesukaran untuk bercakap atau berfikir.

Sehingga kini, masih tiada penawar buat penyakit FTD namun ada rawatan yang boleh membantu mengawal simptom antaranya pergerakan perlahan atau kaku, kehilangan kawalan pundi kencing atau usus dan kelemahan otot.

Dalam pada itu, afasia adalah keadaan yang membuatkan kemampuan komunikasi terjejas sama ada menulis dan memahami bahasa secara lisan mahupun bertulis.

Bruce berkahwin dengan Demi pada ​1987 namun bercerai 2000 sebelum berkahwin sekali lagi dengan model kelahiran Britain, ​Emma Heming sembilan tahun kemudian.

Hasil perkahwinan dengan Demi, Bruce dikurniakan tiga orang anak iaitu Rumer Willis, Scout Willis, dan Tallulah Willis sementelah perkongsian hidup dengan Emma, Bruce memiliki dua anak, Evelyn Penn Willis dan Mabel Ray Willis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI