fbpx

Saya doakan yang terbaik buat Shuib – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI rakan, Zara Zya mendoakan yang terbaik buat Shuib yang dikatakan bakal menamatkan zaman duda dengan seorang wanita bernama Watie. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Pernah digosipkan bercinta dengan duda ‘hot’ Shuib, pelakon Zara Zya mendoakan yang terbaik buat lelaki itu andai benar jodohnya dengan ahli perniagaan, Watie Hanifiah.

Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin juga tidak menafikan bahawa gosip percintaan antaranya dengan Shuib selama ini hanya untuk pemasaran atau ‘content’ semata-mata.

“Saya rasa khalayak tahu bahawa hubungan saya dengan Shuib memang untuk ‘marketing’ produk minuman (Bubblebee) pada waktu itu. Tapi, masih ada yang leka dan lupa tetap juga mendoakan (agar kami bersama).

“Untuk Shuib, sudah tentu saya sebagai kawan mendoakan yang terbaik buat dia. Insya-Allah semoga hubungannya dengan sesiapa pun yang dia pilih kekal hingga ke akhir hayat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Zara, 38, yang ditemui pada acara sambutan ulang tahun penubuhan Noor Arfa ke-43 tahun tadi di Magica Hall, Cheras sebentar tadi mendedahkan bahawa hatinya juga sudah berpunya dan tidak menolak untuk menamatkan zaman bujang tahun ini.

“Ada lah. Ada (ketawa) tapi nantilah (saya dedahkan). Bukan pasal saya sekarang dah nak menginjak usia 40 tahun atau apa.

“Perkahwinan ini perlu tanya diri kita sama ada dah bersedia atau belum. Insya-Allah saya dah bersedia untuk bergelar isteri tahun ini. Doa-doakanlah,” ujarnya yang enggan mendedahkan gerangan lelaki yang sedang bertakhta di hatinya buat masa sekarang.

Terbaharu, pelakon drama rantaian Segenap Takdir itu digosipkan menjalin hubungan cinta dengan aktor kacak, Niezam Zaidi selepas foto mesra mereka dalam Instagram saling tak tumpah seperti pasangan kekasih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI