fbpx

Dua umpanan Ronaldo terus bantu Al Nassr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO mencipta dua umpanan gol ketika Al Nassr menundukkan Al Taawoun pada aksi Liga Profesional Arab Saudi awal pagi semalam. – AFP

RIYADH – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memainkan peranan penting buat Al Nassr apabila mencipta dua bantuan jaringan ketika menewaskan Al Taawoun 2-1 pada aksi di Liga Profesional Arab Saudi malam kelmarin.

Lebih manis, kemenangan di Stadium Universiti King Saud itu membolehkan Al Nassr kembali melonjak ke tangga teratas selepas mengharungi 17 perlawanan setakat ini.

Walaupun tidak meledak gol, tetapi Ronaldo, 38, tetap gembira dengan kerja sepasukan yang ditunjukkan mereka untuk meraih kemenangan berharga dalam perlawanan tersebut.

“Tiga mata amat penting dan kerja berpasukan yang hebat,” kata Ronaldo berdasarkan kenya­taannya yang dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya.

Bantuan gol pertama Ronaldo dalam aksi tersebut merupakan hantaran menarik kepada Abdulrahman Ghareeb sebelum pemain sayap itu menewaskan penjaga gol Al Taawoun pada minit ke-17.

Alvaro Medran kemudiannya menyamakan kedudukan buat Al Taawon selepas dua minit babak kedua bersambung sebelum Ronaldo sekali lagi mencipta bantuan gol untuk membolehkan Abdullah Madu meledak gol kemenangan pada minit ke-78.

Kemenangan itu memboleh­kan Al Nassr kembali menghuni tangga teratas menerusi kelebihan perbezaan jaringan walaupun berkongsi 40 mata sama dengan pasukan di tempat kedua dan ketiga, Al Ittihad serta Al Shabab.

Al Nassr dijangka tiada masalah untuk terus mengutip tiga mata apabila bertemu pasukan tempat kelapan, Dhamak dalam aksi liga seterusnya pada 25 Februari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI