fbpx

EPL: Antonio Conte terlalu bimbangkan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE diarahkan untuk berehat dan menjalani proses pemulihan terlebih dahulu selepas proses pembedahan hempedu dijalankan sebelum ini. – AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspurs, Antonio Conte nyata tidak senang duduk biarpun diberikan cuti rehat ketika pasukannya bakal turun menentang West Ham United awal pagi esok.

Selepas menjalani pembedahan hempedu, Conte dinasihatkan tidak menyertai pasukan pulang ke London dan akan berehat bersama keluarganya di Itali, namun penolong pengurus Spurs, Cristian Stellini mengakui ‘bos­nya’ itu sentiasa menghubungi­nya bagi mengetahui perkembangan Spurs.

“Seperti yang dia jelaskan, pembedahan itu agak sukar kerana sudah berlaku kerada­ngan, namun mungkin dia terlalu mengambil mudah. Dia perlukan masa untuk pulih 100 peratus.

“Apabila pemeriksaan dilakukan oleh doktor dan pihak kelab, dia perlu bertenang. Kesihatan lebih penting daripada bola sepak dan sebab itu doktor ambil keputusan supaya dia berehat.

“Kami sentiasa berhubung menerusi telefon setiap hari, mungkin tiga kali sehari. Setiap kali kami bercakap, dia sentiasa mengulangi perkara sama iaitu mahu segera kembali ke sesi latihan dan mahu melakukan sesuatu buat pasukan,” katanya.

Ketika ini, Spurs tidak berada pada prestasi terbaik dan sejak menewaskan Manchester City 1-0 awal bulan lalu, The Lilywhites tewas 1-4 kepada Leicester City dan tunduk 0-1 kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara.

Spurs sedang cuba untuk memaksimumkan pungutan mata bagi merebut kelompok empat terbaik, namun Stellini mengakui bahawa Conte perlu memastikan fizikalnya dalam keadaan terbaik sebelum kembali semula ke kelab menjalankan tugasnya sebagai pengurus dan membantu kelab ini untuk lebih berjaya.

“Apabila dia tidak lagi cergas sepenuhnya, maka dia bukanlah Antonio yang kita kenal dan keadaan ini akan menimbulkan tekanan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI