fbpx

Contohi Tun Ghafar berbakti kepada negara – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir.

SUNGAI BULOH – Generasi muda yang berkecimpung di dalam politik perlu menjadikan Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba sebagai contoh bagaimana negarawan itu terlalu ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya dan dihormati.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, Allahyarham tidak mengejar habuan ketika berada dalam tampuk pemerintahan kerajaan sebaliknya hanya bekerja untuk anak bangsa.

Katanya, Tun Abdul Ghafar adalah individu yang kuat bekerja dengan menjawat pelbagai jawatan ketika berkecimpung di dalam politik.

“Allahyarham juga seorang peminat sukan golf dan telah membuat mencipta sendiri reka bentuk tiga buah padang di negara itu. Salah satunya ialah Kelab Rahman Putra Malaysia di sini.

“Walaupun begitu, saya tidak bermain golf walaupun boleh berbuat demikian suatu ketika dahulu kerana berpandangan ia memerlukan masa yang panjang untuk dihabiskan,” katanya ketika berucap pada Kejohanan Tun Ghafar Cup di sini hari ini.

Jelas Tun Mahathir, ada pihak menggesanya bermain golf ketika menyaksikan dia memukul bola dan masuk ke dalam lubang semasa merasmikan satu acara, namun ia langsung tidak membuatkannya berubah fikiran.

“Apa yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Ghafar merupakan sesuatu yang bagus dan saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga atas kehilangannya,” katanya.

Sementara itu, anak Allahyarham, Datuk Mohd.Tamrin berkata, ada sekali bapanya tidak memakai kasut ketika bermain golf.

“Saya sendiri tidak tahu apa sebab sebenarnya dan dalam fikiran saya yang masih kecil ketika itu adakah bapa saya ini miskin,” katanya yang turut hadir pada majlis itu.

Tun Ghafar Cup merupakan kejohanan yang julung kali diadakan bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Abdul Ghafar terhadap pembangunan negara dan juga sumbangan Allahyarham dalam perkembangan industri golf pada era 80-an.

Kejohanan itu juga bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Ghafar dan tarikh 18 Februari dipilih bersempena hari kelahiran Allahyarham.

Dalam majlis itu, Tun Mahathir turut melancarkan kronologi mengenai Allahyarham yang akan dipasang di kelab golf tersebut. – KOSMO! ONLINE

Kronologi mengenai Tun Ghafar yang akan dipasang di Kelab Rahman Putra Malaysia, Sungai Buloh.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI