fbpx

Bruce Willis disahkan hidap demensia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRUCE WILLIS

PETALING JAYA – Selepas hampir setahun berehat dari dunia lakonan, selebriti ternama Hollywood, Bruce Willis disahkan menghidap penyakit demensia ‘frontotemporal’.

Perkara tersebut dikongsi oleh isterinya, Emma Heming Willis menerusi satu hantaran media sosial yang meluahkan rasa lega apabila masalah kesihatan bintang Die Hard itu berjaya dikesan awal dan boleh segera mendapat rawatan.

“Sejak Willis disahkan menghidap penyakit afasia tahun lalu, keadaannya bertambah baik tetapi baru-baru ini kami mendapat tahu lebih spesifik mengenai keadaannya iaitu frontoremporal demensia (FTD).

“Kesukaran dalam komunikasi satu-satunya simptom dialami Willis.

“Buat masa sekarang, tiada rawatan untuk penyakit demensia tetapi kami harap terdapat perubahan positif setiap hari,” katanya.

Pada Mac tahun lalu, pelakon berusia 67 tahun itu mengumumkan persaraan daripada dunia lakonan selepas disahkan menghidapi afasia yang memberi impak kepada keupayaan kognitifnya iaitu kesukaran untuk bercakap.

Sekadar info, antara gejala demensia termasuk pergerakan perlahan atau kaku, kehilangan kawalan pundi kencing atau usus dan kelemahan otot.

Sementara, afasia adalah keadaan yang membuatkan kemampuan komunikasi terjejas sama ada menulis dan memahami bahasa secara lisan mahupun bertulis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI