fbpx

PM seru rakyat bangkit perbaharui tekad, tingkat martabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui Nabi Muhammad SAW untuk bangkit lebih bertenaga, memulih maruah dan meningkatkan martabat rakyat.

Beliau melalui satu hantaran di Facebooknya turut menyeru umat Islam agar memperteguhkan akidah dan akhlak terlebih dahulu sebelum tampil dalam memikul kewajiban lebih rumit melibatkan kebajikan rakyat dan negara.

Poster memperingati peristiwa Israk Mikraj yang dimuat naik di Facebook Anwar.

“Hari ini kita mengenang peristiwa agung Israk dan Mikraj baginda Nabi SAW. Suatu permusafiran ruhaniyyah yang dihadiahi Allah SWT kepada kekasihNya tatkala sedang diuji berat dengan pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib.

“Maruah dihina dalam episod getir di Taif hampir menjatuhkan semangat junjungan Baginda, namun ternyata kembali pulih sepulangnya Baginda Nabi dari Sidratul Muntaha, sambil mengemban amanah baru buat membebaskan umat dari belenggu kejahilan.

“Maka, bermulalah kewajiban solat lima waktu selaku tonggak perhubungan abadi antara hamba dengan Penciptanya,” katanya.

Selain itu, beliau turut mendoakan agar negara akan terus beroleh keredhaan Allah SWT.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI