fbpx

2 rakan mengaku tidak salah miliki wang rompak berkumpulan RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini  atas pertuduhan memiliki wang hasil rompakan berkumpulan RM1.3 juta, minggu lalu.

Tertuduh Teh Han Shyang, 31, dan Lok Jun Siang, 40, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, dua lelaki itu didakwa dengan curangnya memiliki wang tunai sebanyak RM1.3 juta milik seorang ahli perniagaan, Eng Ching Huang, 36, yang diketahui atau ada sebab munasabah untuk mempercayai ia adalah harta rompak berkumpulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di parkir Arkadia Desa Park City Kepong, Sentul di sini pukul 2.30 petang pada 16 Oktober lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan menawarkan jaminan RM12,000 setiap seorang.

Bagaimanapun peguam, Khairulamin Abdullah yang mewakili Han Shyang dan peguam Nor Azri Mohd. Arif bagi pihak Jun Siang, memohon agar anak guam mereka diberi ikat jamin yang rendah atas alasan anak guam mereka tidak berkemampuan.

Han Shyang hanya bekerja di pasar pagi manakala Jun Siang hanya sebagai pemandu e-hailing.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Izralizam membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 November ini sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI