fbpx

Agong yakin hubungan Malaysia-Jerman membuka peluang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika berangkat ke Majlis Jamuan Negara di Istana Negara semalam.

PETALING JAYA – Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Jamuan Negara bagi meraikan Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier dan isteri Elke Budenbender di Istana Negara, semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara di laman Facebook hari ini berkata, pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah bertitah Baginda yakin bahawa hubungan Malaysia dan Jerman akan berkembang dengan progresif pada tahun-tahun yang akan datang.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan harapan semoga lawatan bersejarah Steinmeier itu akan membuka peluang baharu untuk kerjasama lebih erat antara kedua-dua negara.

“Seri Paduka Baginda turut bertitah Malaysia dan Jerman telah bersama-sama dalam pelbagai projek yang membolehkan kedua-dua negara berkembang dan maju termasuklah projek dalam industri permotoran, bioteknologi, farmasi, tenaga diperbaharui, teknologi maklumat, pendidikan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, sememangnya Malaysia dan Jerman telah menikmati hubungan yang saling menguntungkan selama 66 tahun, sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 1957.

“Lawatan negara terakhir melibatkan presiden Jerman ke Malaysia ialah 26 tahun lepas iaitu pada April 1997.

“Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU). Pada 2022, nilai perdagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 10.9 peratus berjumlah RM59.87 bilion berbanding RM53.99 bilion (US$13.03 bilion) pada 2021,” ujar kenyataan itu.

Majlis berkenaan juga dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Turut hadir, Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri, ketua-ketua perkhidmatan serta perwakilan asing ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI