fbpx

Polis Melaka tegas isu kompaun di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di Facebook Polis Melaka memaparkan seorang lelaki dikenakan kompaun di stesen minyak di Bukit Beruang, semalam.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Polis negeri ini menegaskan tindakan kompaun yang dikenakan terhadap seorang individu yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak di Bukit Beruang, di sini semalam tidak sepatutnya diperbesarkan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan kompaun sekiranya didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu.

“Orang ramai yang berada di tempat awam termasuk stesen minyak tertakluk kepada keperluan memakai pelitup muka mengikut kebiasaan baharu yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jadi, tindakan kompaun yang dikenakan terhadap seorang individu yang tidak memakai pelitup muka ketika mengisi minyak di Bukit Beruang tidak sepatutnya diperbesarkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini atas.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran tular di laman sosial Facebook Polis Melaka memaparkan operasi dijalankan pasukan Op Covid-19 IPK Melaka yang mengenakan kompaun terhadap seorang pengawal keselamatan.

Hantaran yang dimuatnaik itu bagaimanapun telah menimbulkan pelbagai perspektif dan ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen dengan menganggap tindakan kompaun itu tidak wajar.

Lelaki itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mematuhi SOP mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Dalam hantaran sama turut menyatakan lelaki yang bekerja di sebuah kilang itu perlu menjelaskan kompaun tersebut dalam tempoh 14 hari di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Mengulas lanjut, Eng Lai menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mengelak daripada dikompaun, sekali gus memutuskan rantaian Covid-19 di negeri ini.

“Sekiranya ada netizen yang masih tidak berpuas hati, boleh semak di laman web MKN dan baca mengenai SOP pemakaian ‘face mask’ (pelitup muka) di tempat awam.

“SOP pemakaian pelitup muka telah diterangkan dengan jelas sejak arahan itu dikeluarkan MKN. Antara tempat yang diwajibkan pemakaian pelitup muka ialah di stesen minyak, jadi ia bukanlah satu isu,” katanya.

Sementara itu, semakan semula di Facebook Polis Melaka mendapati hantaran tersebut telah tiada, namun beberapa pengguna Facebook lain sempat melakukan cetakan skrin perkara itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI