fbpx

Hanya tiga negara ASEAN meratifikasi inisiatif AI untuk ketenteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Alamin ketika menyertai Sidang Kemuncak AI Bertanggungjawab dalam Domain Ketenteraan, di The Hague, Belanda - Foto oleh IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Malaysia bersama-sama dua negara anggota ASEAN lain iaitu Indonesia dan Singapura telah meratifikasi kecerdasan buatan (AI) untuk penggunaan misi ketenteraan.

Dokumen berkenaan didedahkan Kementerian Luar Belanda selepas tamat Sidang Kemuncak AI Bertanggungjawab dalam Domain Ketenteraan di The Hague semalam.

Baki tujuh negara serantau lain tidak termasuk Timor-Leste yang baru diterima sebagai bertaraf pemerhati tidak menyertai ratifikasi itu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ketika berucap telah mengulangi pendirian Malaysia agar kerjasama pelbagai hala dalam bidang AI diteroka secara bersama dan berhemah untuk keamanan sejagat.

Menurut Wisma Putra, Mohamad turut menegaskan bahawa Malaysia mengalukan peluang supaya semua negara mempelajari antara satu sama lain mengaplikasikan AI.

Pada akhir acara itu, sejumlah 60 negara termasuk Malaysia meratifikasi deklarasi sidang kemuncak tersebut antaranya kuasa besar Amerika Syarikat, Britain, China dan Perancis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI