fbpx

Wanita ketagih hisap vape hidap ‘paru-paru popcorn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang wanita di Britain disahkan menghidap penyakit ‘paru-paru popcorn’ akibat ketagih menghisap vape sehinggakan dia masih memegang rokok elektronik itu ketika tidur, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Abby Flynn, 20, tidak pernah merokok sebelum dia mula menggunakan vape pakai buang.

“Ketika saya bermula, ia merupakan trend yang sedang menjadi tumpuan. Semua orang mempunyai vape pakai buang,” kata Flynn.

Dalam masa beberapa minggu, dia mula ketagih dan mampu menghabiskan satu satu vape pakai buang dalam masa sehari. Ia bersamaan dengan menghisap 140 batang rokok seminggu.

“Saya memegangnya ketika memandu dan ia berada di tangan saya selepas bangun tidur. Ia sentiasa melekat pada saya,” jelasnya.

Flynn yang disahkan menghidap asma semasa kecil, mengunjungi pusat kesihatan selepas dia mula mengalami batuk yang teruk.

Imbasan yang dilakukan mendapati paru-paru wanita itu dipenuhi poket udara, menandakan keadaan yang dinamakan bronchiolitis obliterans atau lebih dikenali sebagai ‘paru-paru popcorn’.

Ia adalah sejenis penyakit paru-paru tidak boleh diubati yang jarang berlaku dan berpunca daripada pengumpulan tisu parut di dalam paru-paru yang menghalang aliran udara.

“Doktor berkata bahawa ia adalah perkara biasa bagi golongan muda yang menggunakan vape pakai buang,” jelasnya.

Flynn menghabiskan beberapa jam di hospital sebelum dihantar pulang. Walaupun kini berasa lebih baik, dia perlu mengambil lapan steroid setiap pagi dan perlu diteruskan pada masa akan datang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN