fbpx

Pasukan Peninjau Khas Malaysia memasuki Aleppo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norman Muhamad (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan awal kerajaan Malaysia kepada wakil badan kemanusiaan Syria di Aleppo hari ini. - FOTO Ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA – Buat julung kali dalam sejarah, Pasukan Peninjau Khas Malaysia berjaya memasuki Aleppo di Syria yang terjejas teruk akibat tempias gempa bumi Turkiye yang berlaku minggu lalu.

Menurut Wisma Putra, kumpulan itu juga berpeluang menyaksikan sendiri suasana kemusnahan di kota kedua terbesar di Syria yang dihuni lebih dua juta orang.

Kepiluan jelas terbayang apabila mereka dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan bahawa lebih 5,800 nyawa sudah terkorban di sekitar bandar raya berkenaan setakat ini.

Pasukan tersebut diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Norman Muhamad turut bertemu Gabenor Aleppo, Hussein Diab.

Kumpulan berkenaan seterusnya meninjau lokasi gempa dan menyerahkan sumbangan kerajaan Malaysia kepada wakil badan tempatan, Syria Trust for Development.

Terdahulu, Norman diiringi Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan Ekspatriat Syria, Faisal Miqdad di ibu kota Damsyik.

Mereka turut membincangkan kemungkinan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik yang ditutup ketika perang saudara meletus pada 2012 lalu akan dibuka operasinya kembali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI