fbpx

Kerajaan nafi tuduhan penjawat awam akan dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAHMI FADZIL

PETALING JAYA – Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bilangan penjawat awam akan dikurangkan berikutan ia menelan kos yang terlalu tinggi dan membebankan.

Berita tersebut tular selepas disiarkan secara langsung menerusi sebuah saluran berita tempatan, hari ini.

Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihak kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang perbincangan mengenai perkara berkenaan.

“Berita tersebut menyiarkan kononnya ada cadangan dari ‘pemerhati’ untuk kurangkan bilangan penjawat awam.

“Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan.

Kerajaan juga tidak pernah ada sebarang pelan ke arah itu dan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Fahmi meminta pihak yang terlibat dalam siaran terbabit untuk tampil memberi penjelasan tentang cadangan yang disifatkan mengarut.

Terdahulu, sebuah saluran televisyen tempatan menyiarkan sebuah berita mengenai cadangan bilangan penjawat awam wajar dikurangkan berikutan ia didakwa menelan kos sehingga RM100 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI