fbpx

Hishammuddin dilantik Bendahari Agung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kembali membarisi kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) apabila dilantik sebagai Bendahari Agung.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan itu dibuat menerusi rombakan kecil demi memperkukuhkan organisasi parti.

“Keputusan tersebut dipersetujui bersama selepas rundingan dibuat dengan presiden-presiden komponen BN.

“Suatu rombakan kecil dalam kepimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula akan menjalankan tugas selaku Bendahari UMNO.

“Setinggi-tingi penghargaan kepada Tengku Adnan atas sumbangannya ketika menjadi Bendahari Agung BN.

“Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI