fbpx

The Citizens diingatkan tidak bermegah-megah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKE mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak bermegah dengan kejayaan tewaskan Arsenal sebaliknya fokus kepada aksi menentang Forest malam ini.

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester City, Nathan Ake menegaskan pasukannya tidak boleh bermegah dengan kejayaan tewaskan Arsenal dan harus menghitung nasib sendiri sehingga akhir musim.

Di sebalik kegembiraan untuk kembali ke puncak liga, Ake mahu seluruh pasukan kekal fokus dalam melakukan persiapan bagi menghadapi Nottingham Forest di gelanggang lawan, malam ini.

“Semua orang tahu perjalanan masih lagi panjang dan Arsenal masih kurang satu perlawanan. Namun situasi ini bagus untuk kami berada di kedudukan sekarang dan cuba memenangi perlawanan.

“Jurang masih lagi kecil dan keda-dua pasukan saling bersaing sengit. Walaupun perjalanan masih lagi jauh, kami juga ada pengalaman bergelar juara,” kata pemain dari Belanda itu.

Jika perbandingan dibuat antara City dan Nottingham Forest, The Citizens jelas lebih baik kerana menang 6-0 pada pertemuan di Etihad, manakala kali terakhir The Tricky Trees menang adalah pada Januari 2009.

Pada masa sama, Ake juga tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri dan kekal melabel Arsenal sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Kami bukan pilihan kerana mereka ada kelebihan dari segi jumlah perlawanan dan kami juga perlu ambil kira semua itu. Kami akan cuba teruskan apa yang kami lakukan sekarang,” kata Ake. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN