fbpx

Shahrizat buat comeback bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizat

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti itu.

Shahrizat yang pernah mengetuai Pergerakan Wanita UMNO selama 10 tahun bermula tahun 2008 bakal memberi cabaran kepada penyandang jawatan berkenaan, Datuk Noraini Ahmad.

Difahamkan, beliau telah pun menyerahkan kertas pencalonannya di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn di sini dan diterima oleh Urusetia Pemilihan UMNO kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.

“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ini Kak Ijat (Shahrizat) mengesahkan bertanding jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia. Tawakaltu Alallah. Salam sayang kepada semua ahli Wanita Umno Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI