fbpx

Kucing enggan tinggalkan bomba kacak selepas diselamatkan dari runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Cakas bersama seekor kucing yang diselamatkan bernama Enkaz. - Reddit

ANKARA – Seekor kucing yang diselamatkan dari bawah runtuhan semasa operasi mencari dan menyelamat di Turkiye enggan meninggalkan petugas yang menyelamatkannya selama beberapa hari, lapor platform perkongsian Reddit. 

Kucing itu diselamatkan 129 jam selepas gempa bumi menggegarkan bandar Gaziantep. Ia tidak meninggalkan pasukan bomba terbabit dan sentiasa mengikuti ke mana sahaja mereka pergi. 

 Anggota bomba yang menyelamatkan kucing tersebut, Ali Cakas menamakannya sebagai Enkaz yang bermaksud runtuhan dalam bahasa Turkiye. 

“Pada hari keempat gempa bumi, kami menyelamatkan seekor kucing baka Van dan ia diserah kepada pemiliknya. 

“Keesokan harinya, kami menyelamatkan kucing ini. Kami menamakannya Enkaz kerana kami mengeluarkannya dari ‘neraka’.

“Ia mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi kami mahu ia menjadi kenangan dengan cara ini,” kata Cakas.

Pasukan bomba itu berkongsi semua makanan dan minuman dengan Enkaz. Mereka mencari petunjuk untuk menemui pemiliknya tetapi kucing itu enggan pergi.

“Saya melihat kesedihan pada kucing ini. Saya membawa ia di sisi saya terutamanya sekiranya pemiliknya datang.

“Tetapi jika pemiliknya tidak ditemui, saya berfikir untuk membawanya bersama saya, ia akan menjadi kenangan,” jelas Cakas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI