fbpx

Wanita mahu saman katerer, dakwa nasi basi ayam bau bangkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar nasi minyak disediakan sebuah syarikat katering yang didakwa telah basi.

PETALING JAYA – Seorang wanita tidak teragak-agak untuk menyaman malu sebuah syarikat katering apabila mendakwa sajian yang disediakan tidak memuaskan.

Klip video yang dimuat naik di media sosial Lina memaparkan nasi yang disediakan lembik dipercayai sudah basi.

“Ini nampak tak, nasi lembik. Betul-betul letak warna sahaja, tidak ada bau nasi minyak langsung,” katanya menerusi video berdurasi 15 saat itu.

Lantaran itu, dia akan menyaman syarikat terbabit berikutan perkhidmatan teruk yang diterima keluarganya.

“Jangan tertipu seperti saya, semasa ‘tester’ (uji rasa), ‘owner’ (pemilik) kata dia yang masak. Bila hantar, nasi basi dan ayam bau bangkai. Ayat manis sangat (apabila) minta duit semula, dia bagi alasan,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap individu tersebut selain berkongsi pengalaman menerima nasib sama.

“Kasihannya, adik ipar saya keluar (belanja) RM11,000 semua lauk rasa tidak sedap. Ayam busuk dan bubur santan masam. Malu mentua saya,” kata Nurida.

“Saya kalau tempah katering, tak berani ambil yang tak dikenali. Takut servis tak okey dan kena tipu,” ujar seorang pengguna

“Kawan saya pernah kena, nasi lembik. Kasihan tengok muka ayah dia. Muka reda sepanjang hari kena perli dengan tetamu,” ujar Ian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI