fbpx

PKZ capai kutipan zakat RM206.9 juta melebihi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALIDAN Md. Daud (kanan) bersama Ketua Pengurus Cawangan MUIP, Mohd Faitullah Sa’adon (kiri) pada sidang akhbar sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sini hari ini.

KUANTAN – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang memperoleh kutipan zakat harta berjumlah RM206.9 juta pada tahun lalu, sekali gus mencatat peningkatan sebanyak 15.4 peratus meleibihi sasaran iaitu sebanyak RM194 juta.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Datuk Halidan Md. Daud berkata, jumlah kutipan itu melebihi sebanyak RM27.7 juta berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak RM179.2 juta.

Katanya, salah satu faktor membantu peningkatan jumlah kutipan adalah berikutan pelaksanaan strategi skim zakat yang memberi fokus kepada Skim Wakalah yang mana pembayar zakat akan menerima pulangan 30 peratus bayaran zakat untuk diagihkan sendiri kepada golongan asnaf.

“Ada kategori pembayar zakat yang layak mendapat pulangan 30 peratus ini antaranya adalah individu yang membayar RM30,000 dan ke atas dalam tahun sama, badan korporat atau syarikat yang membayar zakat perniagaan RM50,000 dan ke atas, Institusi pengajian tinggi (IPT) yang menguruskan potongan gaji minimun kutipan RM10,000 sebulan serta sekolah yang membuat potongan gaji 90 peratus daripada jumlah kakitangannya.

“Rekod menunjukkan sebanyak 50 buah sekolah yang telah layak menerima wakalah ini di mana dianggarkan lebih dari 150 buah sekolah akan mendapat manfaat dari pemulangan semula wang zakat ini tahun ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 99,843 pembayar telah menunaikan zakat harta berbanding tahun 2021 seramai 95,642 orang sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus membabitkan penjawat awam dan swasta, badan-badan korporat serta institusi pendidikan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI