fbpx

PM luang masa bertemu rakyat sebelum solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sempat meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung yang hadir untuk makan tengah hari di Medan Selera Taman Putra Perdana sebelum menunaikan solat Jumaat. - Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG – Pengunjung Medan Selera Taman Putra Perdana di sini teruja melihat kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati sajian makan tengah hari bersama-sama mereka sebelum menunaikan solat Jumaat.

Anwar yang tiba di medan selera berkenaan pada pukul 12.40 tengah hari tadi dengan lengkap berbaju Melayu berwarna ungu kemudian menikmati hidangan nasi ayam Hainan disediakan pemilik gerai, Shafeek Affendi Abdul Malik, 51.

Dikesempatan itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa bermesra dan bertanya khabar dengan para pengunjung yang turut menikmati makanan tengah hari di medan selera sama malah tidak menolak ajakan untuk bergambar.

Kehadiran beliau ke medan selera berkenaan turut diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

Kunjungan Anwar ke gerai nasi ayam Hainan yang diusahakan Shafeek Affendi sejak 15 tahun lalu itu turut disifatkan sebagai satu kenangan tidak akan dapat dilupakan peniaga tersebut dan merupakan pengalaman paling berharga buatnya.

“Ini pertama kali saya berpeluang menyajikan hidangan kepada mana-mana pemimpin negara dan saya amat teruja sebaik diberitahu Perdana Menteri akan singgah makan di sini.

“Saya tidak pernah bertemu beliau (Anwar) dan tidak sangka hari ini dapat menyediakan hidangan makan tengah hari untuk beliau,” katanya.

Sebaik selesai menjamu selera, Anwar dengan diiringi Amiruddin bergerak ke Masjid Taman Putra Perdana yang terletak tidak jauh daripada medan selera tersebut untuk menunaikan solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI