fbpx

8 tahun menabung, bakal pengantin kesal duit simpanan tinggal RM6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang bakal pengantin tidak dapat menahan kesedihan apabila wang simpanannya berjumlah RM30,000 yang dikumpul untuk melangsungkan perkahwinan lesap.

Menerusi perkongsian di Twitter Fedtri Yahya, individu itu mendakwa akaun bank miliknya digodam mengakibatkan duit simpanannya hilang.

“Saya nak kahwin, tetapi kena ‘scam’. Banyak transaksi dilakukan tanpa pengetahuan. Apabila dibuka, baki tinggal RM6.25 sahaja. Habis kesemuanya duit simpanan yang berjumlah RM30,000.

“Saya tidak kuat, lapan tahun saya meyimpan. Kerja pada hari Sabtu dan Ahad, jaga kedai baju dan sebagainya, tetapi (duit) lesap begitu sahaja, ” katanya.

Menurutnya lagi, dia sudah membuat laporan dan sedang menunggu pihak bank serta polis untuk tindakan selanjutnya.

“Berat ujian ini dan sekarang saya betul-betul tidak ada duit, saya nak kawin dan apa perlu saya buat? Saya tidak minta banyak, kalau ada yang berhati mulia mahu sedekah RM1 saya hargai,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai mendoakan agar urusan individu berkenaan dipermudahkan.

“Teruskan niat mulia hendak nikah. Buat majlis ikut bajet dan saya doakan lepas kahwin, awak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,” ucap Afifah.

“Insya-Allah dipermudahkan segala urusan. Jika hendak buka tabung bantuan, kena tahu adakah cerita ini sahih sebab sekarang banyak taktik scam dengan menampilkan kisah-kisah sedih sebegini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI