fbpx

Polis tahan tekong, transporter seludup migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN pacuan empat roda yang dirampas pihak polis di Jalan Kampung Kolam di Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Polis menahan lima lelaki dipercayai tekong dan transporter penyeludupan migran di bawah jejantas di Jalan Kampung Kolam di sini tengah hari semalam.

Dalam serbuan pada pukul 12.15 tengah hari itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Padang Besar dan Kontinjen Perlis menahan tiga lelaki warga asing berusia 26 hingga 30 tahun di dalam semak di lokasi serbuan.

Ketua Polis Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, pihaknya menunggu selama dua jam sebelun menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 41 tahun dipercayai tekong penyeludupan migran.

“Polis turut menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 39 tahun yang memandu trak pikap Toyot Hilux,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiga suspek warga asing itu tidak memiliki dokumen yang sah dan telah tamat tempoh.

“Hasil pemeriksaan ke atas pemandu Hilux mengesan satu kotak rokok jenama John Black berisi 160 biji pil kuda seberat 18.27 gram. Ujian air kencing ke atas suspek juga positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI