fbpx

Warga Yadim akan diketengah sebagai penceramah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri (kanan) menerima nota serah tugas daripada Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Kamarul Arief Tuan Soh (kiri) pada Majlis Serah Tugas di Yayasan Dakwah Islamiah, Putrajaya hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mahu setiap warganya diketengahkan sebagai penceramah agama selain mendapat tauliah mengajar.

Hasrat itu dikongsi Ketua Pegawai Eksutifnya yang baharu, Zamri Zainal Abidin.

Zamri berkata, bagi mencapai hasrat itu, setiap kakitangannya akan didedahkan dengan latihan bersesuaian sebelum didedahkan dengan pentas ceramah agama.

Menurutnya, mereka akan dilatih di pusat latihan YADIM terlebih dahulu sebelum memohon untuk mendapat tauliah mengajar daripada majlis agama Islam negeri.

“Kami akan dedahkan mereka dengan siri-siri tazkirah agam di pejabat YADIM sama ada di ibu pejabat dan negeri,” katanya selepas Majlis Serah Tugas Ketua Pegawai Eksekutif YADIM di sini hari ini.

Katanya, inisiatif itu bertujuan melonjak kedudukan YADIM sekali gus menjadi rujukan kepada semua pihak.

Zamri yang juga bekas Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YADIM baharu bermula Rabu lalu menggantikan Tuan Kamarul Arief yang sebelum ini berkhidmat di badan dakwah itu sejak 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI