fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia melalui kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, amaran berkenaan melibatkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Pahang melibatkan dua daerah iaitu di Bera dan Rompin, Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) manakala Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Amaran itu turut dikeluarkan di Sarawak iaitu di daerah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri dan Marudi) dan di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI