fbpx

Pemandu mengaku pecah amanah wang syarikat dijel 12 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAZRI didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM14,000, bulan lalu. -Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pemandu sebuah syarikat dipenjara 12 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM14,000.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam turut memerintahkan tertuduh, Mohd. Nazri Malek, 51, didenda RM2,000. Sekiranya gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan.

Tertuduh sebagai pemandu syarikat Khairi Bina Sdn. Bhd. menyalahgunakan harta milik syarikat iaitu wang RM14,000 yang diperoleh daripada sekeping cek milik syarikat itu yang sepatutnya untuk ditunaikan.

Bagaimanapun, tertuduh menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi. Kesalahan idlakukan di syarikat terbabit di Seremban 2 di sini pada 10 Januari 2023.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd. Azman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman penjara paling minimum atas alasan tertuduh telah insaf.

Tertuduh yang sudah bercerai kini menanggung kedua ibu bapanya. Mengikut fakta kes, pemilik syarikat menyerahkan cek kepada tertuduh untuk ditunaikan, namun lelaki itu tidak berbuat demikian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI