fbpx

Amaran angin kencang laut bergelora hingga 20 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan negara hingga Isnin depan (20 Februari).

MetMalaysia dalam laman sesawangnya memaklumkan, amaran kategori ketiga membabitkan kejadian angin kencang utara berkelajuan 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak melebihi 4.5 meter (m) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, barat laut Reef North.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.

Kata kenyataan itu, amaran kategori kedua pula dengan angin kencang berkelajuan 50 sehingga 60 Kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 hingga 4.5 m dijangka berlaku di perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North.

“Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Layang-Layang • Labuan, Palawan dan Sulu.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” ujarnya.

Tambahnya, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, barat daya Samui, Reef North, Reef South, Layang-Layang dan Sulawesi sehingga 3 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI