fbpx

Warga Myanmar mohon maaf masuk Malaysia secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Za Uk di Mahkamah Majistret di sini semalam.

KUALA PILAH – Seorang pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara setahun dan dua sebatan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Majistret Saiful Sayoti menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Peng Za Uk, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Za Uk meminta maaf kepada Majistret Saiful dan meminta agar hukuman ringan.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara setahun bermula dari tarikh sabitan dan dua sebatan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa masuk dan tinggal di Malaysia tanpa mempunyai dokumen sah yang menyalahi undang-undang pada pukul 3 pagi, 8 Januari lalu di tepi jalan besar Selaru, Dangi.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) (Pindaan 2002).

Za Uk, 21, turut didakwa membunuh seorang lelaki warganegara sama pada 7 Januari lalu, pukul 9.30 malam hingga 8 Januari pukul 1.30 pagi di hadapan rumah di Selaru di sini.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Bagi pertuduhan bunuh, tertuduh mohon kes dibicarakan dan mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI