fbpx

Lelaki lemas ketika jaring ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang ditemui lemas di Sungai Serting dekat Ladang Risda Kemayan di Bera, hari ini.

BERA – Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Sungai Serting dekat Ladang Risda Kemayan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nordin Kassim ,59, bersama seorang rakannya pergi menjaring ikan di sungai berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang sedang berbual dengan rakannya tiba-tiba jatuh tersembam ke dalam air dan rakannya juga cuba membantu tetapi tiada tindak balas daripada mangsa.

“Rakannya mengikat mangsa menggunakan baju di pokok sawit supaya tidak dihanyutkan arus sebelum bergegas ke pondok keselamatan Ladang Risda Bera untuk meminta bantuan,”katanya.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI