PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dijumpai dalam keadaan selamat selepas empat hari terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku di selatan Turkiye.
Keadaan kanak-kanak tersebut dirakam oleh pasukan sukarelawan yang turut bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa runtuhan di bandar Gaziantep.
Dalam pada itu, ketika ditanya oleh salah seorang sukarelawan bertugas mengenai kesukaran sepanjang terperangkap, kanak-kanak tersebut memberitahu seolah-olah ada ‘individu’ serba putih datang menemaninya.
“Anda (kanak-kanak) tak rasa lapar atau dahaga sepanjang 112 jam terperangkap bawah runtuhan, bagaimana anda boleh bertahan selama ini?,” soal sukarelawan tersebut.
“Ada seorang lelaki berpakaian serba putih datang dan memberi makanan serta air untuk saya,” balas kanak-kanak berkenaan. – KOSMO! ONLINE