fbpx

Penternak didenda RM6,500 gagal patuhi peraturan sebabkan pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SHAARANI ISMAIL

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak bertindak mengheret seorang penternak ayam di kawasan Segari, Lumut selepas gagal mematuhi Enakmen Perladangan Unggas 2005.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Ahmad Shafri Hassan berkata, penternak berkenaan telah didenda sebanyak RM6,500 oleh Mahkamah Majistret Pantai Remis Rabu lalu dan turut berhadapan hukuman penjara 10 bulan penjara jika gagal membayar denda.

Katanya, penternak tersebut telah melepaskan kumbahan sisa unggas yang tidak dirawat secara terus ke parit di luar kawasan ladang.

“Pelepasan kumbahan tersebut terus mengalir ke anak sungai dan menyakibatkan pencemaran Sungai Sempit yang terletak berhampiran ladang.

“Sekiranya penternak berkenaan melakukan kesalahan ini sekali lagi, dia boleh dikenakan hukuman penjara di samping denda maksimum sebanyak RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shafri berkata, untuk rekod, ini adalah kes pertama yang dibawa ke mahkamah dan pihaknya sebelum ini hanya mengambil tindakan kompaun dengan kadar kompaun tidak melebihi RM2,000.

Katanya, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen jika penternak melakukan kesalahan masih berulang dan tidak akan berkompromi dengan penternak yang tidak mengamalkan sistem perladangan unggas yang baik.

Beliau berkata, sebagai jabatan yang bertanggunjawab dalam pembangunan industri ternakan, pihaknya amat memerlukan kerjasama dan komitmen tinggi daripada semua penternak mematuhi peraturan dan garis panduan ditetapkan.

Katanya, pemilik Iadang unggas juga hendaklah lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat setempat dan perlu mengelan amalan penternakan yang tidak baik serta mengundang kepada aduan berkaitan pencemaran alam sekitar dan pembiakan lalat serta bau busuk.

Menurutnya lagi, semua Iadang unggas di Perak mula dilesenkan sejak 2011 dan penternak sudah diberi masa yang lama untuk memperbaiki sistem penternakan mereka dan masalah membabitkan isu pencemaran tidak sepatutnya berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI