fbpx

Pattaya jual kondom dalam mesin, cegah penyakit kelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 94,566,600 kondom dalam empat saiz dijual dalam tiga mesin layan diri di Pattaya. - Thaiger

BANGKOK – Pejabat Keselamatan Kesihatan Negara (NHSO) Thailand menjalankan satu projek dinamakan Love Bang Love Safety bertujuan untuk menangani kehamilan remaja dan mencegah jangkitan penyakit kelamin, lapor laman berita Thaiger.

Inisiatif yang menjadi sebahagian daripada kempen baharu NHSO itu menyediakan kondom dalam mesin layan diri di dua kawasan di bandar Pattaya, wilayah Chon Buri. 

Projek itu dilaksanakan di Pattaya manakala skop perkembangannya bergantung kepada kejayaan inisiatif tersebut.

Datuk Bandar Pattaya, Poramet Ngampichet berkata, tiga mesin layan diri menjual kondom dipasang di dua kawasan di bandar itu iaitu Jeti Laem Bali Hai dan Hospital Bandaraya Pattaya.

Selain itu, NHSO turut melancarkan aplikasi yang dipanggil Paotang di mana pemegang kad emas Thai boleh meminta pelbagai bentuk alat kontraseptif atau kontraseptif kecemasan yang boleh diakses di kiosk terdekat.

Setiausaha Agung NHSO, Dr. Chadet Thammatcha-aree berkata: “NHSO telah menyediakan 94,566,600 kondom dalam empat saiz untuk diedarkan dalam dua cara.

“Pemegang kad emas boleh mendaftar di aplikasi Paotong, membuat permintaan dan mengambil kondom dari kiosk terdekat dari rumah mereka. Mereka yang tidak mempunyai telefon pintar boleh mendaftar di kiosk perkhidmatan untuk mendapatkan kondom.

“Sebagai alternatif, mereka boleh pergi ke mesin penjual kondom di Pattaya dan sahkan identiti dengan kad pengenalan,” katanya.

Bagaimanapun, inisiatif itu dikritik sebagai tidak dapat diakses oleh sesetengah kumpulan yang sepatutnya mendapat manfaat daripadanya.

Timbalan pengarah Yayasan Friends of Sex Workers (SWING) berkata projek itu adalah idea yang baik namun tidak memenuhi keperluan semua orang kerana keperluan bukti identiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI