fbpx

19 minit pujuk lelaki Pakistan cuba terjun bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga Pakistan yang dipujuk selepas cuba terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Pujukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggagalkan cubaan seorang lelaki Pakistan bunuh diri di sebuah hotel, Jalan Tun Sambanthan, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 3.04 petang.

Menurut kenyataan itu, seramai 14 anggota lain-lain pangkat serta empat buah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki ingin melakukan cubaan bunuh diri dari tingkat empat bangunan tersebut.

“Selepas dipujuk selama 19 minit, warga Pakistan tersebut mula tenangkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, lelaki terbabit diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI