fbpx

Inisiatif buka pusat dialisis untuk asnaf di semua daerah di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifly (tiga, kiri) bertukar dokumen memorandum dengan Suib (dua dari kanan) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh hari ini.

IPOH – Setiap daerah di Perak akan mempunyai sebuah pusat dialisis bagi memberikan rawatan kepada golongan asnaf yang dibantu oleh Majlis Agama Islam negeri Perak (MAIPk).

Ia melibatkan kos antara RM2 juta hingga RM2.5 juta bagi setiap pusat dialisis untuk menampung 132 pesakit.

Inisiatif tersebut bakal dijayakan menerusi kerjasama yang dimeterai antara Hospital Ar-Ridzuan dan Nephrocare Management Sdn. Bhd. (NMSB) di Hotel Casuarina@Meru di sini hari ini.

Pengurus Besar Hospital Ar-Ridzuan, Dahari Masud berkata, perjanjian ini merupakan antara inisiatif berimpak tinggi kepada pesakit-pesakit dialisis untuk mendapatkan tempat rawatan yang kondusif dan selesa.

Katanya, penyediaan pusat itu adalah untuk memastikan kemampanan dana dan bukan mewujudkan persaingan dalam kalangan pengusaha dialisis di negeri Perak.

“Kolaborasi strategik ini menjangkakan pembukaan sekurang-kurangnya satu pusat dialisis di setiap daerah untuk menampung keperluan rawatan.

“Ia sejajar dengan pertambahan pesakit yang memerlukan rawatan terutamanya mereka yang dibiayai oleh MAIPk,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Memorandum perjanjian itu dimeterai oleh Pengerusi Hospital Ar-Ridzuan, Toh Tan Dewa Sakti Zulkifly Zakaria sementara NMSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Suib Ahmad.

NMSB dipilih sebagai rakan strategik berdasarkan pengalaman dalam pengoperasian pusat dialisis dengan beberapa agensi kerajaan.

Ketika ini Hospital Ar-Ridzuan mempunyai dua pusat dialisis iaitu di Ipoh dan Manjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI