JAKARTA — Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang lelaki ditahan oleh penduduk kampung selepas dia mencuri seluar dalam wanita, lapor laman berita Suara.com.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @merekamjakarta.
Berdasarkan rakaman, beberapa penduduk yang berkumpul dilihat mengeluarkan timbunan seluar dalam wanita yang dicuri oleh seorang lelaki di atas meja.
Rakaman sama kemudian memaparkan pencuri yang ditahan oleh mereka. Lelaki bermisai itu dilihat hanya memakai seluar dalam.
Beberapa penduduk kemudian mengerumuninya dan bertanyakan soalan.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Haha fetish,” komen seorang netizen.
“Malunya sampai ke anak cucu,” komen netizen lain. – Agensi