fbpx

Lelaki bengang tunggu bas Rapid KL hampir 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kejadian tersebut.

PETALING JAYA – “Ini pemandu pertama baru sampai, dari pukul 2.30 petang, pukul 4.20 petang baru sampai? Apa kerja macam ini?,” demikian kata seorang penumpang lelaki yang tidak berpuas hati dengan kelewatan bas Rapid KL sehingga menyebabkan ramai pengguna lain terpaksa menunggu lama.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial itu, lelaki tersebut memaklumkan mereka terpaksa menunggu selama dua jam di salah satu perhentian dalam keadaan hujan lebat sebelum sebuah bas yang dipandu pemandu wanita tiba.

Katanya, waktu operasi bas tersebut tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan sehingga menyusahkan pengguna.

Kemudian, lelaki tersebut juga mendakwa pemandu wanita itu sebenarnya sedang tidur sehingga terlupa untuk mengambil penumpang tepat pada masanya.

“Apa ini? Semua orang basah kena hujan lebat, macam ini ke buat kerja? Kita akan lapor dan saya dah call (hubungi) HQ RapidKL tadi. Bila saya dah call HQ, baru (bas) datang,” kata lelaki itu dengan nada marah.

Video itu turut dikongsikan semula di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga dihujani pelbagai reaksi dan komen orang ramai.

“Dia ingat pemandu bas ini pemandu peribadi dia ka? Kata hujan, lagi-lagi kawasan KL, mesti akan sesak, normal la kalau pengangkutan darat lambat,” balas Shakirin.

“Kalau jenis tak sabar, tak payah naik pengangkutan awam, kau buat video kononnya nak malukn pemandu bas, tapi aku rasa orang ramai lagi kecam kau,” perli seorang pengguna Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI