BERTEGAS dengan pendirian tak mati dek kejian, penyanyi Nana semakin berani menonjolkan sisi sebenar dirinya kepada umum.
Nana dilihat tampil dalam edisi terbaharu majalah ELLE Korea dengan mendedahkan hampir keseluruhan badannya bertatu.
Beberapa keping gambar yang dikongsikan dalam Instagram penyanyi kumpulan After School itu memaparkan dengan jelas lukisan tatu yang hampir memenuhi badannya.
Antaranya tatu seekor ular hitam, labah-labah berserta sarangnya, dedaunan termasuk beberapa tulisan.
Sebelum ini, Nana dikecam gara-gara mencacah tatu pada badan yang dianggap kurang sopan bagi seorang wanita apatah lagi berstatus pelakon terkenal.
Biarpun dihentam, dia tetap bersikap tidak ambil peduli bahkan pernah tampil memakai gaun tanpa lengan menampakkan tatu pada badannya dalam sebuah acara hiburan.