fbpx

Anthony Loke terbuka ditegur pendigitalan sistem MyJPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke beramah mesra dengan pelajar, Muhammad Asyeqq Azh Dzahir Mohd. Musharzie (kiri), dan Dhia Adellia Elz Dzahraa Mohd Musharzie pada sidang media pengumuman pelancaran pas MyRailLife, di KL Sentral hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook sentiasa terbuka menerima sebarang teguran dan kritikan dalam menambah baik mutu perkhidmatan MyJPJ di masa akan datang.

Beliau berkata kenyataan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada sidang Parlimen semalam berhubung pendigitalan maklumat lesen memandu dan cukai jalan merupakan keprihatinan Ka Siong sebagai seorang yang berpengalaman pernah menerajui kementerian itu.

Katanya, dari kritikan itu juga Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus memantapkan lagi agenda pendigitalan serta menutup segala kelemahan yang ada.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan mantan menteri atas segala teguran dan kritikan serta pandangan akan diambil kira selain dipertimbangkan dan akan ditambah baik.

“Kementerian Pengangkutan akan terus memantapkan agenda pendigitalan kita, agenda pendigitalan ini akan diteruskan dan kita sudah tentu akan terus menutup kelemahan yang ada dan akan tambah baik,” katanya kepada pemberita pada sidang media pelancaran pas MyRailLife di KL Sentral di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, Ka Siong menyifatkan langkah Anthony Loke untuk mendigitalkan maklumat lesen memandu dan cukai jalan melalui aplikasi mudah alih MyJPJ sebagai “melulu”.

Presiden MCA itu memberi amaran ia menimbulkan risiko kebocoran data kerana maklumat peribadi boleh diperoleh dengan memasukkan nombor kad pengenalan seseorang.

Pada Jumaat lepas, Anthony Loke mengumumkan pendigitalan membabitkan lesen kenderaan motor (e-LKM) dan lesen memandu Malaysia (e-LLM) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI