fbpx

Rakyat samakan Dewan Rakyat dengan zoo – Timbalan Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – “Macam mana dengan ‘zoo’?,” kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor yang berkongsi pertanyaan oleh orang ramai ketika berkunjung ke satu kedai makan semalam.

Jelas Ahli Parlimen Cameron Highland itu yang berkongsi rasa terkejut apabila masyarakat ketika ini memberikan persepsi Dewan Rakyat sebagai tempat bergaduh dan bukannya untuk menyelesaikan isu rakyat.

Beliau berharap Ahli Parlimen agar sentiasa beradab bagi memastikan masyarakat tidak terus melabel Dewan Rakyat sebagai ‘zoo’.

“Selain pada itu saya ingin ingatkan adab dalam dewan. Semalam, saya pergi ke kedai mamak dan mereka mengenali saya.

“Macam mana zoo? Saya terkejut (dan) inilah implikasi masyarakat di luar sana. Jadi, saya berharap (semua ahli Parlimen) berpeganglah kepada etika,” katanya di Dewan Rakyat di di sini hari ini.

Pada masa sama, Ramli turut menegur sikap segelintir Ahli Parlimen yang gemar ‘bermesyuarat kecil’ ketika Ahli Parlimen sedang berbahas.

“Saya berharap tidak ada perjalanan mesyuarat kecil di dewan. Sementara seorang Yang Berhormat bercakap ada pula mesyuarat kecil di sebelah kanan dan sebelah kiri.

“Sila beri perhatian dan saya harap semua Yang Berhormat ambil maklum,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI