fbpx

‘MyRailLife’ pas perjalanan percuma kepada murid sekolah, golongan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke beramah mesra dengan pelajar, Muhammad Asyeqq Azh Dzahir Mohd Musharzie (kiri), dan Dhia Adellia Elz Dzahraa Mohd Musharzie pada sidang akhbar pengumuman pelancaran pas MyRailLife, di KL Sentral, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan inisiatif baharu MyRailLife pas perjalanan tanpa had diberikan secara percuma kepada pelajar sekolah dan orang kelainan upaya (OKU) bagi meringankan beban mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api.

Inisiatif MyRailLife yang mula berkuat kuasa semalam boleh dinikmati oleh warganegara Malaysia terdiri daripada pelajar sekolah daripada tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

MyRailLife boleh digunakan tanpa had bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU).

Bagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang.

Sementara itu, bagi perkhidmatan Komuter sektor tara laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas dan laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth. Perkhidmatan tren KTM DMU ialah bagi sektor laluan Gemas-Tumpat-Gemas.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, MOT amat komited terhadap agenda kerajaan dalam mengawal kos sara hidup dalam kalangan masyarakat memerlukan.

Katanya, dengan langkah itu bukan sahaja dapat memanfaatkan para pelajar sekolah dan OKU, tetapi juga meringankan beban kewangan ibu bapa yang menampung kos pengangkutan anak-anak mereka.

“Maklumat terperinci tentang inisiatif yang telah saya umumkan pada 20 Jan 2023, yang mana bagi pihak kerajaan, Kementerian Pengangkutan telah mengambil inisiatif khusus untuk meringankan beban perbelanjaan pengangkutan kepada semua pelajar sekolah dan OKU untuk terus menikmati pengangkutan awam khususnya perkhidmatan tren yang disediakan oleh KTMB secara percuma,” katanya selepas pelancaran pas MyRailLife di KL Sentral di sini hari ini.

Ujarnya, pelajar sekolah dan golongan OKU boleh mula mendaftar MyRailLife melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang KTMB atau di kaunter KTMB berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI