fbpx

Ada yang sengaja jadi scammer di luar negara – KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution.

PETALING JAYA – Terdapat dalam kalangan rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara sememangnya untuk menjadi scammer, Love Scam dan penipuan pelaburan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, malah ada yang sudah diselamatkan, tetapi kembali ke negara itu untuk bekerja.

“Hancur luluh pasukan polis apabila diberitahu. Kita kesan mereka, ini bukan fakta yang direka-reka, saya menjawab dalam Dewan Rakyat yang mulia  ini dan kita lihat profil dalam kalangan rakyat Malaysia yang balik dan begitulah kisahnya,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang meminta jumlah terkini rakyat Malaysia yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan.

Beliau memberitahu, seramai 339 rakyat Malaysia dikesan terlibat dalam penipuan pekerjaan di luar negara gara-gara terpedaya tawaran yang diiklankan secara dalam talian.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 218 mangsa telah dibawa pulang ke tanah air manakala 121 lagi dikategorikan terkandas dan dalam proses membawa pulang.

“Jenayah penipuan pekerjaan terhadap warga Malaysia di luar negara menyaksikan trend ketara sejak dua hingga tiga tahun ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI