fbpx

LHDN umum mandatori penggunaan borang CKHT 502

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan pembayaran di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976) menggunakan borang CKHT 502 melalui e-CKHT di Portal MyTax adalah mandatori.

LHDN berkata, ia adalah selaras dengan pelaksanaan nombor bil sebagai rujukan bagi urusan pembayaran cukai langsung mulai 1 Januari lalu.

Katanya, maklumat berkenaan penjanaan nombor bil boleh didapati di portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/.

“Log masuk ke MyTax menggunakan nombor pengenalan dan kata laluan. Sekiranya tiada Nombor Pengenalan Cukai (TIN), permohonan boleh dikemukakan melalui perkhidmatan e-Daftar.

“Seterusnya, pilih e-CKHT di menu perkhidmatan ezHASiL dan masukkan nombor TIN pemeroleh dan pilih borang CKHT 502.

“Isi maklumat diperlukan dan cetak slip bayaran. Nombor bil akan dipaparkan pada slip bayaran berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan.

Dalam tempoh peralihan kepada penjanaan nombor bil, penggunaan borang CKHT 502 manual bagi pemeroleh individu masih diterima sehingga 28 Februari ini.

“Bayaran boleh dibuat secara dalam talian atau di Pusat Bayaran HASiL.

“Bagi pembayaran di kaunter, pemeroleh perlu mencetak slip bayaran, muat turun nombor bil dengan mengimbas kod QR yang tertera pada slip bayaran,”jelasnya

Untuk maklumat terperinci, layari portal rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my/ atau https://www.hasil.gov.my/media/vqfg50mh/tatacara-isi-borang-dan-bayaran-ckht- 502-melalui-sistem-e-ckht-12012023.pdf.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan, sila hubungi 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

“Selain itu, di HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi HASiL, https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/,”katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI