fbpx

IPD Penampang terus komited perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Haris (empat dari kanan) bersama anggota yang bertugas di salah satu SJR ketika membuat lawatan di beberapa pos statik sekitar Penampang.

Oleh IVAN AMIRUL

PENAMPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, walaupun sudah dikuatkuasakan hampir tiga minggu lalu namun masih terdapat individu yang melakukan kesalahan dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Contohnya, masih ada individu yang membuat pergerakan rentas daerah hanya semata-mata untuk membeli makanan.

“Tetapi ada pengguna jalan diberi pilihan samaada berpatah balik atau dikenakan kompaun selepas didapati membuat pergerakan rentas daerah atas tujuan peribadi,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di beberapa pos statik sekitar Penampang hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Haris berkata, pihaknya tidak akan berkompromi jika membabitkan alasan kurang munasabah kerana hanya pergerakan ‘essential services’ dan mempunyai kebenaran polis saja yang dibenarkan untuk rentas daerah.

Bagaimanapun, beliau memuji sikap warga Penampang yang mematuhi SOP PKPB berdasarkan jumlah pematuhan yang tinggi sejak penguatkuasaanya.

Sementara itu, dalam sesi lawatan berkenaan, Mohd Haris turut meluangkan masa melawat pusat kuarantin pesakit Covid-19 dan pasar raya Survey di daerah berkenaan.

Menurut beliau, antara intipati lawatan adalah bagi melihat pematuhan orang awam selain memastikan kebajikan setiap petugas di lapangan terjaga dan disiplin sentiasa dititikberatkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI