fbpx

Pasukan Peninjau Khas Malaysia tiba di Damsyik dari Beirut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN anggota delegasi Pasukan Peninjau Khas Malaysia disantuni oleh pegawai Syria di bangunan kerajaan di Damsyik semalam. - Foto/ IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Pasukan Peninjau Khas Malaysia selamat tiba di ibu kota Syria, Damsyik setelah menempuh perjalanan lebih dua jam dari ibu negara Lubnan, Beirut malam tadi.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pasukan berkenaan dilaporkan memasuki bandar raya tapak warisan dunia UNESCO itu kira-kira pukul 4 petang (10 malam waktu Malaysia).

Ketibaan pasukan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Norman Muhamad itu disambut Duta Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob.

“Lawatan itu penting bagi mencari gambaran sebenar dan membuat penilaian di lapangan mengenai apa bentuk bantuan diperlukan mangsa gempa di Syria,” jelas Wisma Putra.

Kumpulan peninjau awal disertai seramai 20 anggota pelbagai agensi itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Mereka terdiri daripada wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), tentera, polis, Kementerian Kesihatan, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Mercy Malaysia.

“Pasukan ini akan membina jaringan komunikasi dengan pihak berkuasa di Syria selain mengenal pasti laluan yang selamat bagi misi penghantaran bantuan,” kata Wisma Putra.

Tugasan pasukan itu disebabkan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik ditutup sementara ekoran konflik pada 2012 lalu dan menyukarkan usaha awal bantuan kepada pihak Syria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI