fbpx

Richard Eliezer dihukum penjara 1 tahun 6 bulan tembak Nofriansyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Richard Eliezer atau Bharada E tiba untuk menjalani perbicaraan di Makhamah Daerah Jakarta Selatan, Jakarta hari ini. - ANTARA FOTO/Sigid Kurniawan

JAKARTA – Suspek kedua kes pembunuhan seorang pengawal peribadi, Bharada Richard Eliezer Pudihang Lumiu atau Bharada E dijatuhi hukuman penjara 1 tahun 6 bulan oleh panel hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan susulan kes pembunuhan terancang ke atas Brigedier Nofriansyah Yosua Hutabarat atau Brigedier J, lapor laman berita Kompas hari ini. 

Bharada E merupakan orang bawahan kepada Ferdy Sambo yang merupakan jeneral dua bintang dan bekas ketua hal ehwal siasatan dalaman polis Indonesia. 

Fendy dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menjadi dalang di sebalik pembunuhan Brigedier J pada Julai 2022. 

Menurut panel hakim, hukuman yang dijatuhkan ke atas Bharada E menunjukkan keadilan dengan pelbagai pertimbangan.

Hakim Alimin Ribut Sujono menjelaskan alasan pihaknya menjatuhi hukuman tersebut kerana defenden menyedari tindakannya menembak Brigedier J adalah sangat jahat.

Bharada E menyesali perbuatannya dan memohon maaf kepada keluarga mangsa. Atas permohonan maaf itu, keluarga Brigedier J juga telah memaafkannya.

“Defenden sudah tahu tindakannya menembak Brigadier J sangat jahat, disedari, menyesal dan meminta maaf kepada keluarga mangsa,” kata Alimin di mahkamah hari ini.

Bukan itu sahaja, Alimin menganggap sikap Bharada E sudah bertukar 180 darjah dan berani membongkar kes pembunuhan terancang itu.

Ketika dipanggil hakim, Bharada E menjelaskan kes pembunuhan terancang Brigadier J secara jujur, konsisten dan logik. Walaupun langkah diambilnya berisiko, dia tetap melakukannya untuk mendedahkan kebenaran.

Panel hakim menganggap polis berpangkat bhayangkara 2 atau bharada itu dibuktikan secara sah dan secara meyakinkan bersalah kerana menyertai pembunuhan terancang Brigadier J seperti yang didakwa oleh pendakwa raya (JPU). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI