fbpx

Harga runcit RON95, RON97 kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal pada paras RM2.05 dan RM3.35 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Februari 2023.

Sementara itu, harga runcit bagi diesel turut menunjukkan trend sama apabila kekal ditawarkan pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut diputuskan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15 seliter meskipun harga pasaran sebenar kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI